I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 6, 2011

Bila My Ummi berseloroh.. jeng3..

Assalamualaikum,

New post, new story.. Nowadays a bit bz dengan PL.. huh, xpe2.. hati kene tabah dengan segala dugaan dan cabaran..

Kisahnya begini,

Pada suatu petang, sang burung berkicau-kicauan (kurrrrrrr..), hujan turun renyai2, (""""), mata pon dalam keadaan buka segan tutup x mahu.. (-.-).. Ah sudah, merepek kerepek.. Bila semua org tengok Khaira Hamraa', tiba2 ckap " Haih, Fayzan n Nadia dah kahwin dah, Fakhrul bila lagi? calon dah ada?" haha, soalan mintak flying kiss ni..

Then my Ummi jawab, "Adik x payahlah cari calon ye, biar ummi yg carikan. Along n akak dah cari sendiri, adik ummi pilihkan ye. Paling kurang pon Siti Saleha (pelakon Nora Elena)"

Pehh, jawapan my ummi.. haha.. nak carikan jodoh ye.. xpela ummi, adik cari sendiri ye.. Lau nak Siti Saleha tu alamatnye anak ummi makan maggi 7 tahun, haha..

Tu je la storynye ni pon kan......adoii..

Pffftt~

ok enaff, that's all.. c u again.. :)

Tuesday, November 29, 2011

Story of my Life.. (^_^)

Assalamualaikum,
Lama x post sumtin kat my blog ni,
This is story about myself.. :)
Banyak gambar la kot, hehe.. Jom!



DOB: 27/jan/1991. It's me! hehe




Ni raya tahun bila ntah, tapi time ni saya kecik je.. hoho





Time amek award kat skola rendah with my lovely Ummi, :)





Amek award gak, disampaikan oleh Guru Besar merangkap ayah sendiri, haha





Kelas darjah 6 UPSI, tapi sekarang study kat UPM.. lalala~





Ni la Volkswagen kesayangan ayah, sampai sekarang x bagi saya bawak, huu~

(sekarang warna oren)




Dapat masuk SM Sains Kota Tinggi, muka sedey ke happy ni?





wit Along, abg Din, Ijat ,saya, Arin, my cousin..





SAKTI Champion Pengerang beb!!





Lawatan Form 5 kat Cameron, x payah tanya senang je cari saya kat mana, hehe





Grad night kat SAKTI, ni geng kelas 5 Mutiara





Ni time wed akak, hee~





Now study @ UPM, tapi pic ni jln2 dgn Man kat The Mines, haha



That's all about my life, xnak post gambar banyak2 takut org copy paste hantar kat bomoh, haha..
Ok bye, live your life~

Saturday, November 5, 2011

Kasihnya Ibu..................

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak kira la kita panggil ibu,mak,bonda,mama or ummi semua sama je.. Kalau saya, saya panggil UMMI.



saya dating dgn ummi kat Bali, romantik tak? huu..

Peristiwa hari ni ( 5/11/2011, 2.30 ptg ) benar2 menyentuh hati saya sehingga saya menitiskan air mata.. Ayat dari seorang ibu yg begitu menyayangi anaknya sehingga ke akhir hayat. Mungkin anda yg membaca blog saya ini akan kurang tersentuh kerana anda x melihatnya di depan mata anda sendiri. Alangkah sebaknya didada saya sehinggakan saya masih menangis sampai sekarang kalau ingat ayat tu..

Begini ceritanya,
Ayah (arwah) kepada kawan saya sejak kecil baru sahaja menghembuskan nafas yg terakhir pada jam 2.40 ptg tadi akibat penyakit kanser yg dah lama beliau hadapi. Tatkala beliau sedang nazak, emaknya (nenek kawan saya )datang ke sisi anaknya. Kemudian peristiwa yg menyebabkan air mata saya mengalir berlaku. "Nak, ni emak ni. Anak sakit ya? (lalu dicium anaknya), mak tau anak kuat, (dicium pipi anaknya), anak mak ni baik, insya-Allah anak ke syurga nak (dicium dahi anaknya)".. Anaknya tersenyum! tersenyum! tersenyum! ketika sedang nazak beliau masih mampu tersenyum hanya dengan kata2 emaknya.. Bukan sahaja saya yg menitiskan air mata melihat peristiwa itu, bahkan semua org di rumah itu sebak..

Ya Allah, besarnya kuasa-Mu. Hanya ayat dari seorang ibu, seorang anak yg sedang nazak dan tidak ingat apa2 selain maut mampu tersenyum. Ciuman seorang ibu juga begitu berharga, oleh sebab itulah setiap kali sebelum saya balik semula ke UPM, saya akan menangis selepas dicium UMMI saya.. Ciuman kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya..

Hargailah ibu anda kawan2, kerana mereka adalah yg terbaik..


p/s: minta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Rashid bin Salleh, ayah kepada rakan saya yg baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah..

Thursday, November 3, 2011

Saya orang Johor, saya nak cerita pasal Johor! wee~

Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. They were forwarded to my e-mail by a friend. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…

1.They end 9 out of 10 sentences with EkkkEkk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

11. Last, when they ask their friends to come together with them ayat nya jadi, " Wei, gerak saing la bro" or " ko gerak saing sape?"

Haa, sape cakap Johorian xde identiti.. hehe.. k that's all, bye..



Proud to be Johorian

Itu dan Ini, begitu dan begini.. =.="

Itu ini, begitu dan begini..

Itulah rona-rona kehidupan, ada macam-macam.. Sometimes, kita x sangka pon benda tu akan terjadi.. My Ummi pernah nasihat, " Adik, kalau happy tu jangan happy sangat takut ada benda sedih yang akan jadi lepas tu"..

Yup, itulah yg sering terjadi pada saya dan kawan2 saya.. Saya selalu ingat pesan ummi tu, tapi time hu ha hu ha memang apa pon x ingat la..

Ok, pendekkan cerita walaupon saya tinggi, hahahahahaha ( haa, merepek kerepek ye Fakhrul! )..

Pukul 9 malam bertempat di bilik 121 blok Murni, Kolej Canselor..
* 5 org budak gonjeng bercadang bermain Peter Answer di mana makhluk2 itu ialah Fakhrul, Man, Bani, Amir, n Mat.. Yes, this 5 Idiots always idiot in their action, never ever learn to behave themselves, haha..
* Main puna main itu peter answer sampai la pukul 11.. Dem! ada perjumpaan PJ!!
So, kami yg masih belum mandi menuju ke bawah.. After a few minutes, saya,man
n bani turun.. We found something terrible, Amir kene marah sebab PL.. SHIT!
or TAHI! <------ ce try ckp dlm BM lpas ni, TAHI! hahaha
* Haa! kan dah betul.. we all ada rasa bersalah coz lupa nak tolong Amir..
So, mcm mne? nak x nak kene la tenangkan dia.. Ini semua salah PETER!
( Biasalah dah salah sendiri x nak mengaku pulak, salahkan lain)

Yes! saya totally menyesal dgn diri sendiri.. lupa akan pesanan.. Apa yg saya pikir pon saya x tau.. Entahla.. Cuba nyanyi lagu ni untuk tenangkan diri, lagu yg mmg saya suka. Ini Sebahagian liriknya,

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....



emmmm.. sesal dahulu pendapatan, pendapatan saya x seberapa.. Kalau faham
tepuklah tangan anda kuat2.. 何かいい夜!



p/s: この時間のない画像をアップロードするために、私は怠惰なので...ハハ

Monday, October 31, 2011

Bakal Ckg PJ di UPM with new mmber~

Asalamualaikum.........



Makin huduh perangai~

Lama nya x menaip depan haiwan kesayangan saya ni.. ye, lappy saya adalah haiwan kegemaran saya, hahahahahahaha.. <-------- tolong org sewel!

This is my new story, at new place.. And this is the beginning of my new life..
Fakhrul: Org ckp life kat 'U' ni senang je,
Qarie : SORRY, I DID'NT CATCH THAT
Fakhrul: Sape suruh ko tangkap? aq suruh dgar je..
Qarie : Shame on you, i mean that i did'nt understand what u said last time..
Fakhrul: ooo~ ( beredar dalam keadaan malu)

Ahh, sudah! merepek plak kerepek sorang ni.. aduyai~
Ok la, idup kat UPM biasa2 je.. nutin special lagi, the only special one is my new friends.. Peh, semua mabuk2 kepayang perangai diorg.. Mcm jenis perangai, ada yg sewel, ada yg kuat bebel, ade yg jambu (luqman! hahahaha), mcm2 lagi la.. nak saya kenalkan? haa, ni dia.. tgok vid ni..

video


Haa, tu la mereka2 semua.. time amek gambar semua cover, haa semput~~ haha.. ( mati la kalau budak2 ni baca, hilang muka den kene tumbuk)

~ by the way, diorg semua mmg best.. saya malas nak upload gmbr2 mereka semua coz line sini mcm siput tgah buang air besar.. LAMBAT!.. Upload video pon dah boleh buat misai saya melentik, mmg x lah nak upload gambar.. hehe..

~ Ah, merepek lagi kerepek ni.. enough fakhrul!

~ Eh, xpe jgn risau, saya mmg suka ckp sorang2 dpn haiwan ni.. papehal pon nanti saya post lagi la.. lpas ni lebih kerap kot.. Insya-Allah.. btw, bye2!

Sunday, August 14, 2011

Berpisah buat sementara sahaja sahabat2 ku~

Asalamualaikum..

Hari ni saya berada dalam 2 mood yang berbeza.. Gembira + sedih..

*Ya, saya gembira + sedih( ape ingat lelaki x boleh sedih? ) Lelaki hipokrit je cakap "Aku bukan kaki menangis bro, pe barang nangis x macho la".. tuih! bak dtg sini saya ludah.. X semua dalam dunia ni indah dan akan membuatkan diri anda tu x bersedih. "It's about life, there will never ever be perfect dude"


__________________________________________________________________________

*Back to story, saya adalah saya. Ya, saya akan menangis apabila bersedih but bukanlah dgn menangis teresak-esak sambil hentak kaki kat lantai. Juz menitiskan air mata jantan je, ^^,

* Cerita yg best dulu la kan, ape brg tacink2 dulu, hehe.. The story that make me happy today coz i met my ex form 6 classmate kat kay eff see (suka ckp mcm ni, dun no why.. KFC lah!).. Lelaki, saya, apip, yazid, faizi, azzam, kep, aidil, geban, fazz, syahir. ( daus n apis x dpt dtg )..

* Gurl pon ade tau, tapi x ramai la.. zeika, yaya, mia, ju, fatin zahira, fatin nazira ( yes, sometimes i would forget which fatin bila pulang kertas periksa @ kerja rumah coz nama lebih kurang )
syarah, ekin, chin, zati ipin.

* Life is short it depends on you to use it wisely.. Saya mmg suka quote ni, tapi lupa dari siapa. For me, to use it wisely by:

1. Solat/ibadat
2. Hormat ibu bapa/guru
3. Hormati kawan2
Yup, kawan2 adalah antaranya. In our life we spend most of it with friends then our family. Believe? YES, it is true. So, anggap la kwn2 tu sebahagian daripada keluarga kita..

* Alright, now saya nak cerita tentang kesedihan pada malam ini. Sedih kerana terpaksa berpisah dgn rakan2 sekelas yg jatuh bangun bersama-sama. Stdy sama2 xkira kat mana2, kat tasik, bonsai, library awam, rumah saya, rumah fazz, rumah apip, rumah siapa lagi x ingat coz lebih kurang semua tempat jadi tempat blaja budak 6 atas Baiduri..

* So, sedikit sedih coz x semua ada mlm ni. Kalau semua ada kan best, tapi mlm ni ttp meriah dgn kwn2 yg ade.. It feel like year's we didnt meet each other. Saya xnk letak gmbr2 spnjg kat kay eff see coz dah letak kat FB. So, malas nak tunggu2 upload lagi, hehe..

* Emmm, panjang gak entry kali ni.. haha, agaknya terlampau happy jumpa member2 kot.. Tapi saya x banyak cakap mcm sblm ni masa jumpa kwn2 tadi, x tau la nape.. Ramai ckp saya dah berubah, tapi entahla, saya skrg prefer lebih senyap je. hehe..

* Ok la, sampai sini sahaja. dah pukul 1.51 pagi ketika saya tulis post ni.. Good night, friends u r great! Hope berjaya dunia akhirat.. amin..

p/s: UPM ke, UM ke, UiTM ke, USM ke, UKM ke, 'u' jugak la brader, janji kita blaja. :)

Monday, August 8, 2011

Cerita tentang kiamat~

Gambaran Hari Kiamat
......
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi Mazlan

p/s: insaf sebelum terlambat..

Thursday, August 4, 2011

I'm back! (^^,)

Fuhhhhh, dah 6 bulan saya menyepi dari berblogging.. Sebab terlampau bz bekerja.. Emm, sekarang saya dah x pakai KAMI dah coz ayah membebel..

Ayah : Fakhrul, mlm semalam(6 bulan lepas) ayah baca blog kamu. Ayah perasan kamu guna kata ganti nama diri yang salah. Apa nak jadi ni?!

Saya : Ye la ayah, saya salah. Janji x guna kami lagi.. haha

6 bulan lepas punya hal saya masih ingat lagi coz saya rasa benda tu terlampau lawak kerana dimarahi oleh ayah saya tentang penggunaan bahasa sedangkan ayah ialah cikgu Matematik dan Moral kat sekolah.. tiba2 dia pandai BM( ayah jgn baca blog ni lagi)..

Emm, alhamdulillah. Result masuk 'U' dah keluar, saya dapat masuk UPM kos Pendidikan Jasmani dan kesihatan.




Alhamdulillah, saya dah buat yang terbaik untuk ummi,ayah,along,dan kakak saya! saya dah gembirakan mereka. Even saya x dapat kos yang saya nak(ekonomi) tapi say tetap bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberi. Saya tahu mesti Allah ada sebab beri saya peluang menjadi Cikgu. Baiklah, sambung lagi la nanti. It's already asar n i need to ready for my prayer, asalamualaikum. :)

p/s: setiap yg terjadi pada kita ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui.

Monday, February 21, 2011

21/2/2011= ResuLt STPM kuAr!!

9 pagi: Morning sume!! haha,, KAMI bgn dalam keadaan x cukup tido coz main ps2 smpai pkul 4 pagi,hahaha.. Adeh, mata pedih gile ni.. semangat! gosok gigi dulu la, hehe..

10 pagi: Belum mandi lagi, baru mandikan gigi pakai kapur barus.. Apa lagi, destinasi pertama= dapur! Buka je tudung saji, terus nampak nasi goreng.. hehe, nafsu iblis dah msok ni nak mkn.. tapi t'ingat plak yg arini amek result, aiyo, tros kenyang plak rasenye, huhu..

11 pagi: Setelah siap bersarapan + mandi, KAMI tros siap2 nak g kedai, beli surat khabar KOSMO!.. Tgk brite dpn, Tusukan Snag Juara.. Pergh kaki Azizulhasni terusuk kayu ooo..
xpe, KAMI perlu meneruskan misi utk cari Kak Nana plak, nak mnx kamera, huhu..

11.30 pagi: Msg si Muaz gonjol, "Bro, ko g skola naik sape?". Muaz jwb, "Naik ko", amboi cpatnye jawab?? yela2, KAMI pon g la umah Muaz yg kire2 4 km dari umah KAMI.. Dah amek mamat tu, KAMI rider la skuter kesayangan KAMI menuju ke skola..

12 tgh hri: Sampai pon skola.. tapi bkn ke skola dulu, tapi ke port mase skola iaitu Ar-Rahim mamak 24 jam, keh3.. Smpai2 tros jmpe mmber2 like Izzat, Aidil, Ayob, Macha, Typoon, Pizi, Faizi n Shahir Hasan.. sme nga lepak2 jap..



KAMI wit Izzat




Ayob wit Aidil




Typoon, Macha, Pizi n Shahir





Shahir, Faizi n Muaz



12.30 tgh hri: Majlis bermula, huu.. 2 org dpat 4 flat, Ekin Tarbus n Dayah Miskam.. KAMI plak tergolong dlm geng pelajar cemerlang.. Alhamdulillah..
Mmber KAMI dari kecik dpat 3.67, bgoslah, KAMI juz 3.58 je, huu..



An, ni wajah gembira ke comel? haha






Tgk result Fazz, huu





Kaple yg berjaya dlm pelajaran, huhu




With my ibu, huhu


Tepat kul 2.30 ptg, KAMI pun plang ke rumah.. So, smpai sini je la ye, nak g celebrate ngan my family, huhu.. Bye2!!

Saturday, February 19, 2011

Bagaimana terjadinya bumi?

Haa, kali ni KAMI nak bercerita cket macam mana terjadinya bumi kita ni. Mengikut teori Alfred Wegener, dulu semua dataran bumi bercantum dan dikenali dengan nama PANGEA.




Kesemua dataran bumi(plat) ini seolah-olah terapung di atas magma2 yg panas dan menyebabkan plat2 tersebut terpisah kpd dua iaitu GONWANALAND dan LAURASIA. Hal ini berlaku pada awal pertengahan zaman Jurassic. Teori Hanyutan Benua oleh Alfred Wegener ini disokong oleh bukti2 yg kukuh seperti:

1:Penemuan fosil dinasaur yg sama di benua Afrika Selatan dan Amerika Selatan.

2:Jenis batuan yg sama terdapat di pesisir pantai afrika dan Amerika Selatan.

3:Teori permainan jigsaw puzzle iaitu benua2 ini bolah dicantumkan akan membentuk satu dataran yg besar.


Alfred Wegener mengatakan bahawa punca terbentuknya bumi sekarang ialah disebabkan oleh magma yg panas di bawah kerak bumi menyebabkan plat2 ini bergerak dan terpisah.

KAMI x setuju dengan Alfred Wegener. KAMI ada bukti punca terjadinya bumi sekarang. tengok video ni.



Haa, sekarang dah tau sebab sebenar terjadinya bumi sekarang?? hahaha... Sebnarnya saja je KAMI buat ayat panjang2 bikin gempak.. Nak promote Ice Age 4 sbnarnye,, keh3.. papepon yg teori Alfred Wegener tu btol(utk belajar) tapi teori Ice Age tu 10000% salah, haha.. Jgn marah, :P

sum note: juz a joke, hehe

Wednesday, February 16, 2011

Bola Sepak Malaysia, GENERASI BARU!

Asalamualaikum, setelah KAMI buat kajian dan carian yang memakan masa berbulan-bulan akhirnya siap(kot) gak kajian KAMI..

Terdapat ramai pemain muda bola sepak Malaysia yg berkelana di luar negara.. rata-rata pemain BS ni sume berumur antara 11-22 tahun.. semua berbakat dan berminat nak mewakili Malaysia. antara pemain yg KAMI jumpa:

1. Wan Kuzain( 14/12/1998, Tengah menyerang)


2. Nicholas Tan (19 tahun, Cardiff city)


3. Brendan Gan (21 tahun, Sydney FC)


4. Jix Loong ( Canning City, Australia)
(tiada gambar @ video)

5. Titus James Palani (24 tahun, FC Villenoy)


6. Tadashi Takeda (24 tahun, Fagiano Okayama FC) Lahir di Penang (kacukan melayu-jepun)


7. Tam Sheang Tsung (13 tahun, Yokohama under 15 youth team)


Itulah antara pemain2 bola sepak kelahiran Malaysia yg berkelana di luar negara..
Kualiti yg mereka ada harap dapat membuka mata FAM untak membawa mereka pulang mewakili Malaysia, amin..

Saturday, February 12, 2011

IkaN baKaR oh ikAn baKar~

Fuhh,(alamak, dh mcm Awal sehari eh Ashaari la plak).. Since november last year,after my STPM, KAMI mencari pekerjaan.. tpi dpt keje bln 1, haha.. Dpt keje kat, Shell Bndr Tggra( aduyai)



Shell( bkn cengkerang siput la)
Tapi x lme keje kat situ, hehe..

Sekarang, KAMI menjual ikan bakar n sotong bakar dgn abg kesayangan KAMI, Mohammad Fayzan Qarie bin Mohammed Yussof..



haa, terliur x, haha


Pukul bpe sekarang?(time KAMI taip)
owh, pukul 11.60 m.m. mse utk mencium bantal busuk, hehe.. Setakat ni je la ye, maleh nak tulis bnyk2.. huhu

Thursday, February 10, 2011

*Pawana*



Search-Pawana

Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia


Ok, itulah bait2 lagu Pawana nyanyian Search. Kalau kita kaji lirik lagu dulu2 ni, bnyak mksd tersiratnya.. Ni KAMI petik sikit dari blog seseorang,

Jika merujuk maksud kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Pawana ertinya angin atau bayu. Apakah angin itu? Mengapakah angin bayu begitu mampu menggongcang sebuah negeri yang utuh, kuat dan gagah? Jawapannya ialah angin fitnah. Maka janganlah engkau ikuti orang-orang yang mendustakan. Mereka ingin supaya kamu bertolak ansur, supaya mereka bersikap lemah lembut (dalam urusan agama). Dan janganlah engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela, ke sana ke mari menyebar fitnah. Yang menghalang kebaikan, yang melampaui batas lagi berdosa. Surah Al-Qalam ayat 8-12.


Haa, tu la serba sedikit ilmu yg nak KAMI kongsi, harap dapat digunakan bersama..

Assalamualaikum,,

Fuhh, lme gak KAMI x ber'blogging' ni(pergh, perosak bahasa, hoho).. Lme x post sumtin, kali ni juz nk cite kekecewaan n kesedihan aq, waaa!!!



Ni yg nak nyanyi lagu "Tawa Dalam Tangisan-kamikaze" ni,



sob3, :'(
Aduyai, lari topik plak..

btw, sebenarnya, KAMI ni sedih coz one of my best member, geng borak2 n ape2 sume masa kat SM Sains Kota Tinggi udah berangkat ke Australia.. aduyai, aq tertinggal kat cnie,emm.. Makhluk tuhan pling seksi tu(haha) ialah Zulfadhli Kamal.



Ni la mamat tu,(der sori curi gambar ko, keh3)
Lau berkenan,(gurl je, boy lau rasa nak gak lantak korang la) bley hubungi mak beliau, haha

xpe la, KAMI doakan yg terbaik utk Zul Kapan(panggilan kat SAKTI), hope kawan2 KAMI
yg lain akan sukses gak spt, Din Boye, Ucop, Emy, Haziq bell, Pajan toyol n len2 ag.. amin..

p/s: result STPM dh nk kuar, aduyai~~

Saturday, January 8, 2011

Bola Sepak~

Ade bran?? haha.. cari psal x ayat starting?? keh3.. sbnrnye post kali ni KAMI nak citer psal player2 bola sepak Malaysia.. sume knal SUPERMOKH kan, x kenal bek hang p pindah negara lain.. Sblm ni (b4 Malaysia mnang AFF) x rmai knal player Malaysia, kan3??

JGN TPU!!! HAHAHAHA

Ni nak tnjuk keeper Malaysia, Syamsuri Mustafa. Goal ni antara yg terkenal di dunia tau!!! First bcoz keeper yg goalkan, 2nd dari kwsn pdg sndri!(jauh der)


Syamsuri Mustafa goal's againts Vietnam


Amek ko ubat,, jauh x?? haha.. even FIFA agree to letak ini goal dlm FIFA 100 Fantastic Goal( 100, tapi ade 200 list, bongeng x FIFA ni?)

KAMI pergi pde skuad AFF yg bru mnang plak,

Btw, anda sume perasan x?? player Malaysia yg disanjung kbnyakannya men di posisi striker n midfield.. Lupe ke MOHD MUSLIM AHMAD n FADHLI SHAS?
npe diorg ni mcm kurang di beri perhatian ek??


Mohd Muslim Ahmad


Fadhli Shas





Xpe la, lagi bgos kurang diberi perhatian.. KAMI xnk 2 2 player ni t lpe diri. hope diorg kekal lme dlm skuad kebangsaan coz diorg mde ag tu, Muslim,21 n Fadhli,19..

Papepon sme2 lah kite sokong skuad negara! Go harimau malaya! auuuum!keh3

Harry Potter: fenomena?



Harry Potter and the deathly hallows,
korang ade novel ni? x kisah la english or bm.. KAMI ni bkn jnis bce novel, tapi start bce novel HP 1 tros nak bce smbngnnye, kagum sbnrnye dgn J.K.Rowling ni coz dye punya idea ckup bnyk dan die dpat mmbntk keseniambungan dri 1 novel ke 1 novel.. kdg2 t'pkir gak, mcm mne mkck sorang tu bley ade idea yg x t'pkir oleh kita??



tapi bgi p'mnat HP ni,, mereka sume x puas hati dgn movie HP coz directornye bnyk potong scene kat novel n tmbhkan yg xde.. haih,, xpe la.. movie tu still best kan?? hehe
btw, HP n the deathly hallows part 2 kuar julai ni.. mknenye lpas ni dh xde cter HP ag.. aiyo! bsn la gini.. lpas ni nk tgk ape?? ( ke ko nk tgok emma watson berlakon?)haha.. xpe2,, dvd HP KAMI complete k,, keh3.. ape2 pon kte tggu HP part 2 ni!!!

Friday, January 7, 2011

bosan2 buat blog~

aha! setelah lama memendam perasaan utk buat blog,, tertunai gak hajat ku..
Bkn ape, tgk mmber2 wat blog,, mcm nak wat gak,, tpi lme mmndam( ke x pndai wat?)..
mls nak bebel pnjg2, juz intro2 je.. huhu.. Emm, nak gtau npe KAMI gne nick Batuan Tebal.. coz my ambition is( dh mcm dak djh 1 la plak) Geologist, insya-Allah.. hehe

btw, visit la blog mmber KAMI ye :

http://zulfadhlikamal.blogspot.com