I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 6, 2011

Bila My Ummi berseloroh.. jeng3..

Assalamualaikum,

New post, new story.. Nowadays a bit bz dengan PL.. huh, xpe2.. hati kene tabah dengan segala dugaan dan cabaran..

Kisahnya begini,

Pada suatu petang, sang burung berkicau-kicauan (kurrrrrrr..), hujan turun renyai2, (""""), mata pon dalam keadaan buka segan tutup x mahu.. (-.-).. Ah sudah, merepek kerepek.. Bila semua org tengok Khaira Hamraa', tiba2 ckap " Haih, Fayzan n Nadia dah kahwin dah, Fakhrul bila lagi? calon dah ada?" haha, soalan mintak flying kiss ni..

Then my Ummi jawab, "Adik x payahlah cari calon ye, biar ummi yg carikan. Along n akak dah cari sendiri, adik ummi pilihkan ye. Paling kurang pon Siti Saleha (pelakon Nora Elena)"

Pehh, jawapan my ummi.. haha.. nak carikan jodoh ye.. xpela ummi, adik cari sendiri ye.. Lau nak Siti Saleha tu alamatnye anak ummi makan maggi 7 tahun, haha..

Tu je la storynye ni pon kan......adoii..

Pffftt~

ok enaff, that's all.. c u again.. :)

Tuesday, November 29, 2011

Story of my Life.. (^_^)

Assalamualaikum,
Lama x post sumtin kat my blog ni,
This is story about myself.. :)
Banyak gambar la kot, hehe.. Jom!



DOB: 27/jan/1991. It's me! hehe




Ni raya tahun bila ntah, tapi time ni saya kecik je.. hoho





Time amek award kat skola rendah with my lovely Ummi, :)





Amek award gak, disampaikan oleh Guru Besar merangkap ayah sendiri, haha





Kelas darjah 6 UPSI, tapi sekarang study kat UPM.. lalala~





Ni la Volkswagen kesayangan ayah, sampai sekarang x bagi saya bawak, huu~

(sekarang warna oren)




Dapat masuk SM Sains Kota Tinggi, muka sedey ke happy ni?





wit Along, abg Din, Ijat ,saya, Arin, my cousin..





SAKTI Champion Pengerang beb!!





Lawatan Form 5 kat Cameron, x payah tanya senang je cari saya kat mana, hehe





Grad night kat SAKTI, ni geng kelas 5 Mutiara





Ni time wed akak, hee~





Now study @ UPM, tapi pic ni jln2 dgn Man kat The Mines, haha



That's all about my life, xnak post gambar banyak2 takut org copy paste hantar kat bomoh, haha..
Ok bye, live your life~

Saturday, November 5, 2011

Kasihnya Ibu..................

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak kira la kita panggil ibu,mak,bonda,mama or ummi semua sama je.. Kalau saya, saya panggil UMMI.



saya dating dgn ummi kat Bali, romantik tak? huu..

Peristiwa hari ni ( 5/11/2011, 2.30 ptg ) benar2 menyentuh hati saya sehingga saya menitiskan air mata.. Ayat dari seorang ibu yg begitu menyayangi anaknya sehingga ke akhir hayat. Mungkin anda yg membaca blog saya ini akan kurang tersentuh kerana anda x melihatnya di depan mata anda sendiri. Alangkah sebaknya didada saya sehinggakan saya masih menangis sampai sekarang kalau ingat ayat tu..

Begini ceritanya,
Ayah (arwah) kepada kawan saya sejak kecil baru sahaja menghembuskan nafas yg terakhir pada jam 2.40 ptg tadi akibat penyakit kanser yg dah lama beliau hadapi. Tatkala beliau sedang nazak, emaknya (nenek kawan saya )datang ke sisi anaknya. Kemudian peristiwa yg menyebabkan air mata saya mengalir berlaku. "Nak, ni emak ni. Anak sakit ya? (lalu dicium anaknya), mak tau anak kuat, (dicium pipi anaknya), anak mak ni baik, insya-Allah anak ke syurga nak (dicium dahi anaknya)".. Anaknya tersenyum! tersenyum! tersenyum! ketika sedang nazak beliau masih mampu tersenyum hanya dengan kata2 emaknya.. Bukan sahaja saya yg menitiskan air mata melihat peristiwa itu, bahkan semua org di rumah itu sebak..

Ya Allah, besarnya kuasa-Mu. Hanya ayat dari seorang ibu, seorang anak yg sedang nazak dan tidak ingat apa2 selain maut mampu tersenyum. Ciuman seorang ibu juga begitu berharga, oleh sebab itulah setiap kali sebelum saya balik semula ke UPM, saya akan menangis selepas dicium UMMI saya.. Ciuman kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya..

Hargailah ibu anda kawan2, kerana mereka adalah yg terbaik..


p/s: minta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Rashid bin Salleh, ayah kepada rakan saya yg baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah..

Thursday, November 3, 2011

Saya orang Johor, saya nak cerita pasal Johor! wee~

Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. They were forwarded to my e-mail by a friend. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…

1.They end 9 out of 10 sentences with EkkkEkk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

11. Last, when they ask their friends to come together with them ayat nya jadi, " Wei, gerak saing la bro" or " ko gerak saing sape?"

Haa, sape cakap Johorian xde identiti.. hehe.. k that's all, bye..



Proud to be Johorian

Itu dan Ini, begitu dan begini.. =.="

Itu ini, begitu dan begini..

Itulah rona-rona kehidupan, ada macam-macam.. Sometimes, kita x sangka pon benda tu akan terjadi.. My Ummi pernah nasihat, " Adik, kalau happy tu jangan happy sangat takut ada benda sedih yang akan jadi lepas tu"..

Yup, itulah yg sering terjadi pada saya dan kawan2 saya.. Saya selalu ingat pesan ummi tu, tapi time hu ha hu ha memang apa pon x ingat la..

Ok, pendekkan cerita walaupon saya tinggi, hahahahahaha ( haa, merepek kerepek ye Fakhrul! )..

Pukul 9 malam bertempat di bilik 121 blok Murni, Kolej Canselor..
* 5 org budak gonjeng bercadang bermain Peter Answer di mana makhluk2 itu ialah Fakhrul, Man, Bani, Amir, n Mat.. Yes, this 5 Idiots always idiot in their action, never ever learn to behave themselves, haha..
* Main puna main itu peter answer sampai la pukul 11.. Dem! ada perjumpaan PJ!!
So, kami yg masih belum mandi menuju ke bawah.. After a few minutes, saya,man
n bani turun.. We found something terrible, Amir kene marah sebab PL.. SHIT!
or TAHI! <------ ce try ckp dlm BM lpas ni, TAHI! hahaha
* Haa! kan dah betul.. we all ada rasa bersalah coz lupa nak tolong Amir..
So, mcm mne? nak x nak kene la tenangkan dia.. Ini semua salah PETER!
( Biasalah dah salah sendiri x nak mengaku pulak, salahkan lain)

Yes! saya totally menyesal dgn diri sendiri.. lupa akan pesanan.. Apa yg saya pikir pon saya x tau.. Entahla.. Cuba nyanyi lagu ni untuk tenangkan diri, lagu yg mmg saya suka. Ini Sebahagian liriknya,

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....



emmmm.. sesal dahulu pendapatan, pendapatan saya x seberapa.. Kalau faham
tepuklah tangan anda kuat2.. 何かいい夜!



p/s: この時間のない画像をアップロードするために、私は怠惰なので...ハハ

Monday, October 31, 2011

Bakal Ckg PJ di UPM with new mmber~

Asalamualaikum.........



Makin huduh perangai~

Lama nya x menaip depan haiwan kesayangan saya ni.. ye, lappy saya adalah haiwan kegemaran saya, hahahahahahaha.. <-------- tolong org sewel!

This is my new story, at new place.. And this is the beginning of my new life..
Fakhrul: Org ckp life kat 'U' ni senang je,
Qarie : SORRY, I DID'NT CATCH THAT
Fakhrul: Sape suruh ko tangkap? aq suruh dgar je..
Qarie : Shame on you, i mean that i did'nt understand what u said last time..
Fakhrul: ooo~ ( beredar dalam keadaan malu)

Ahh, sudah! merepek plak kerepek sorang ni.. aduyai~
Ok la, idup kat UPM biasa2 je.. nutin special lagi, the only special one is my new friends.. Peh, semua mabuk2 kepayang perangai diorg.. Mcm jenis perangai, ada yg sewel, ada yg kuat bebel, ade yg jambu (luqman! hahahaha), mcm2 lagi la.. nak saya kenalkan? haa, ni dia.. tgok vid ni..

video


Haa, tu la mereka2 semua.. time amek gambar semua cover, haa semput~~ haha.. ( mati la kalau budak2 ni baca, hilang muka den kene tumbuk)

~ by the way, diorg semua mmg best.. saya malas nak upload gmbr2 mereka semua coz line sini mcm siput tgah buang air besar.. LAMBAT!.. Upload video pon dah boleh buat misai saya melentik, mmg x lah nak upload gambar.. hehe..

~ Ah, merepek lagi kerepek ni.. enough fakhrul!

~ Eh, xpe jgn risau, saya mmg suka ckp sorang2 dpn haiwan ni.. papehal pon nanti saya post lagi la.. lpas ni lebih kerap kot.. Insya-Allah.. btw, bye2!

Sunday, August 14, 2011

Berpisah buat sementara sahaja sahabat2 ku~

Asalamualaikum..

Hari ni saya berada dalam 2 mood yang berbeza.. Gembira + sedih..

*Ya, saya gembira + sedih( ape ingat lelaki x boleh sedih? ) Lelaki hipokrit je cakap "Aku bukan kaki menangis bro, pe barang nangis x macho la".. tuih! bak dtg sini saya ludah.. X semua dalam dunia ni indah dan akan membuatkan diri anda tu x bersedih. "It's about life, there will never ever be perfect dude"


__________________________________________________________________________

*Back to story, saya adalah saya. Ya, saya akan menangis apabila bersedih but bukanlah dgn menangis teresak-esak sambil hentak kaki kat lantai. Juz menitiskan air mata jantan je, ^^,

* Cerita yg best dulu la kan, ape brg tacink2 dulu, hehe.. The story that make me happy today coz i met my ex form 6 classmate kat kay eff see (suka ckp mcm ni, dun no why.. KFC lah!).. Lelaki, saya, apip, yazid, faizi, azzam, kep, aidil, geban, fazz, syahir. ( daus n apis x dpt dtg )..

* Gurl pon ade tau, tapi x ramai la.. zeika, yaya, mia, ju, fatin zahira, fatin nazira ( yes, sometimes i would forget which fatin bila pulang kertas periksa @ kerja rumah coz nama lebih kurang )
syarah, ekin, chin, zati ipin.

* Life is short it depends on you to use it wisely.. Saya mmg suka quote ni, tapi lupa dari siapa. For me, to use it wisely by:

1. Solat/ibadat
2. Hormat ibu bapa/guru
3. Hormati kawan2
Yup, kawan2 adalah antaranya. In our life we spend most of it with friends then our family. Believe? YES, it is true. So, anggap la kwn2 tu sebahagian daripada keluarga kita..

* Alright, now saya nak cerita tentang kesedihan pada malam ini. Sedih kerana terpaksa berpisah dgn rakan2 sekelas yg jatuh bangun bersama-sama. Stdy sama2 xkira kat mana2, kat tasik, bonsai, library awam, rumah saya, rumah fazz, rumah apip, rumah siapa lagi x ingat coz lebih kurang semua tempat jadi tempat blaja budak 6 atas Baiduri..

* So, sedikit sedih coz x semua ada mlm ni. Kalau semua ada kan best, tapi mlm ni ttp meriah dgn kwn2 yg ade.. It feel like year's we didnt meet each other. Saya xnk letak gmbr2 spnjg kat kay eff see coz dah letak kat FB. So, malas nak tunggu2 upload lagi, hehe..

* Emmm, panjang gak entry kali ni.. haha, agaknya terlampau happy jumpa member2 kot.. Tapi saya x banyak cakap mcm sblm ni masa jumpa kwn2 tadi, x tau la nape.. Ramai ckp saya dah berubah, tapi entahla, saya skrg prefer lebih senyap je. hehe..

* Ok la, sampai sini sahaja. dah pukul 1.51 pagi ketika saya tulis post ni.. Good night, friends u r great! Hope berjaya dunia akhirat.. amin..

p/s: UPM ke, UM ke, UiTM ke, USM ke, UKM ke, 'u' jugak la brader, janji kita blaja. :)