I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 5, 2011

Kasihnya Ibu..................

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak kira la kita panggil ibu,mak,bonda,mama or ummi semua sama je.. Kalau saya, saya panggil UMMI.



saya dating dgn ummi kat Bali, romantik tak? huu..

Peristiwa hari ni ( 5/11/2011, 2.30 ptg ) benar2 menyentuh hati saya sehingga saya menitiskan air mata.. Ayat dari seorang ibu yg begitu menyayangi anaknya sehingga ke akhir hayat. Mungkin anda yg membaca blog saya ini akan kurang tersentuh kerana anda x melihatnya di depan mata anda sendiri. Alangkah sebaknya didada saya sehinggakan saya masih menangis sampai sekarang kalau ingat ayat tu..

Begini ceritanya,
Ayah (arwah) kepada kawan saya sejak kecil baru sahaja menghembuskan nafas yg terakhir pada jam 2.40 ptg tadi akibat penyakit kanser yg dah lama beliau hadapi. Tatkala beliau sedang nazak, emaknya (nenek kawan saya )datang ke sisi anaknya. Kemudian peristiwa yg menyebabkan air mata saya mengalir berlaku. "Nak, ni emak ni. Anak sakit ya? (lalu dicium anaknya), mak tau anak kuat, (dicium pipi anaknya), anak mak ni baik, insya-Allah anak ke syurga nak (dicium dahi anaknya)".. Anaknya tersenyum! tersenyum! tersenyum! ketika sedang nazak beliau masih mampu tersenyum hanya dengan kata2 emaknya.. Bukan sahaja saya yg menitiskan air mata melihat peristiwa itu, bahkan semua org di rumah itu sebak..

Ya Allah, besarnya kuasa-Mu. Hanya ayat dari seorang ibu, seorang anak yg sedang nazak dan tidak ingat apa2 selain maut mampu tersenyum. Ciuman seorang ibu juga begitu berharga, oleh sebab itulah setiap kali sebelum saya balik semula ke UPM, saya akan menangis selepas dicium UMMI saya.. Ciuman kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya..

Hargailah ibu anda kawan2, kerana mereka adalah yg terbaik..


p/s: minta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Rashid bin Salleh, ayah kepada rakan saya yg baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment